Kamis, 07 Januari 2010

Belajar Individu

Terdapat banyak strategi belajar untuk membuahkan hasil yang baik. Strategi belajar antara seseorang pelajar dengan yang lain pada asasnya sama tetapi kejayaan setiap strategi yang digunakan tidak semestinya sama. Secara umumnya terdapat dua strategi yang sering digunakan pelajar semasa proses belajar dijalankan iaitu belajar secara berkumpulan iaitu koperatif atau kolaboratif dan belajar secara individu. Dalam hal ini, terdapat di kalangan pelajar yang menggunakan kedua-dua strategi ini dalam suatu masa. Sungguhpun demikian, pada kebiasaannya ruang untuk belajar secara berkumpulan ini sukar diperoleh kerana masalah yang tidak dapat dielakkan umpamanya kedudukan rumah yang berjauhan, sukar mencari rakan yang ingin menyertai kumpulan dan masalah-masalah lain yang tidak dapat dielakkan. Bagi pelajar asrama masalah ini tidak begitu ketara kerana kesempatan tersebut boleh diperolehi dengan mudah. Lanjutan masalah di atas, pembelajaran secara individu merupakan pilihan utama di kalangan pelajar yang tidak berpeluang melaksana pembelajaran secara koperatif. Strategi ini merupakan peluang bagi pelajar melaksana tanggungjawab secara bersendirian dan mengawal kelancaran pembelajaran masing-masing. Kualiti atau hasilan belajar secara individu amat bergantung rapat kepada bahan atau sumber yang digunakan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar