Kamis, 07 Januari 2010

Kebutuhan Seorang Pelajar

seseorang pelajar menilai diri sendiri dengan cara menilai peningkatan dan pencapaian masing-masing. Menilai diri ini perlu dilakukan dalam berbagai cara sama ada dengan menjawab soalan peperiksaan atau menerangkan kepada rakan jika ada peluang. Walaupun seseorang pelajar boleh menjawab soalan dengan baik tetapi kadang-kadang jawaapannya terpesong daripada skema soalan khususnya dalam situasi peperiksaan. Masalah ini ada kaitan dengan penentuan isi sesuatu esei yang ditulis. Fenomena ini berlaku kerana pelajar tidak menguasai laras soalan, umpamanya perbezaan antara terangkan, jelaskan, bandingkan, huraikan, catatkan, nota ringkas dan sebagainya. Dalam konteks mata pelajaran yang lebih teknikal seperti mata pelajaran Sains, Prinsip Akaun, Geografi dan sebagainya penggunaan istilah dan konsep yang betul di samping laras bahasa mata pelajaran tersebut perlu dikuasai supaya makna ynag diberikan tepat dan memperoleh markah. Kesilapannya ini boleh menyebabkan anda tidak memperoleh sebarang markah walaupun dari segi penggunaan bahasa yang biasanya dianggap betul. Hal ini boleh diselesaikan dengan cara membuat jadual untuk dibuat ulangkaji dengan menyusun unit-unit atau topik-topik selama satu semester. Jika tidak masih banyak tajuk yang belum dibaca walaupun banyak masa yang telah diperuntukkan untuk mata pelajaran tersebut. Seseorang pelajar tidak boleh memulakan unit yang baru selagi tidak menguasai unit yang awal. Meneruskan pembelajaran tanpa menguasai unit sebelumnya boleh menyebabkan anda tidak dapat menjawab soalan peperiksaan. Hal ini disebabkan setiap unit yang dibaca ada kaitan dengan unit yang lain. Perkara ini lebih ketara dalam mata pelajaran Sains, Matematik, Ekonomi, Prinsip Akaun dan sebagainya. Anda perlu sabar dan tekun untuk menguasai setiap unit dan sekiranya terdapat masalah dalam unityang dibaca anda perlu merujuk dengan cepat kepada unit sebelumnya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar