Sebagai manusia biasa, sudah pasti kamu akan mengalami detik-detik yang kritis, gelisah serta menjemukan dalam mengharungi dunia pekerjaaan. Adakalanya, kamu akan menjadi malas untuk bangun pagi dan pergi ke pejabat. Apabila situasi itu berlaku, apa yang mula bermain-main difikiran kamu ialah untuk mencari pekerjaan lain. Apatah lagi, apabila kamu mendengar cerita dari teman-teman yang bergaji tinggi dan memiliki pelbagai kemudahan di tempat kerjanya. Ini akan membuatkan kamu semakin ghairah untuk mencari pekerjaan baru. Kegairahan untuk mencari pekerjaan baru, tiba-tiba akan berhenti apabila timbulnya perasaan ragu dalam diri. Kamu akan tertanya-tanya sendiri, apakah kamu mampu untuk mendokong pekerjaan barumu itu? Bagaimana, jika tidak? Apakah masih ada peluang yang sama untuk kamu meraih kembali kepada pekerjaan lamamu? Kesemua pertanyaan ini akan bercampur aduk dan ianya bukanlah perkara mudah untuk dijawab. Apakah peralihan kerja itu merupakan sebuah gejala kerja yang normal? Sebenarnya, memilih kerjaya yang serasi patut dirancang dengan mutlak. Ini bukanlah satu perkara yang mudah. Masih ramai di antara kita yang tidak faham dan benar-benar menyelami tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri, sehingga pilihan pekerjaan yang ingin diraih menjadi tidak tepat. Kita mula mengeluh apabila menyedari pilihan kerja yang seringkali datang itu bukanlah terbaik. Itulah sebabnya, kita sering menganggap karier yang kita pegang ini cuma sebagai batu loncatan, sementara menanti peluang yang lebih tinggi. Dalam hidup, walau sesaatpun situasi persekitaran akan berubah setiap detik. Perubahan gaya hidup menjadi pendorong bagi seseorang untuk mengubah taraf pekerjaannya. Oleh itu, memilih kerjaya memerlukan perancangan yang matang. Kamu tidak perlu bersikap menunggu sehingga adanya tawaran yang lebih baik untuk berpindah kerja. Langkah pertama yarig perlu kamu ambil ialah dengan mencari keperibadian dirimu sendiri. Kenali kemampuan dan kelemahan dirimu dengan sebaik-baiknya. Jadikan kedua perkara itu sebagai batasan untuk kamu memilih pekerjaan. Cara ini akan membuatkan kamu belajar dan berlatih untuk memperbaiki segala kelemahan yang kamu miliki dan kemampuanmu juga akan menjadi semakin bertambah. Kamu boleh mengunakannya sebagai bekal tambahan apabila berhadapan dengan dunia pekerjaan barumu .
Kamis, 07 Januari 2010
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar