Kamis, 07 Januari 2010

Pribumi

orang ramai terhadap internet dijangkakan akan terus melonjak kerana peranannya sebagai media komunikasi dan penyebaran maklumat elektronik yang paling murah, mudah, dan cepat. Selain itu, ia juga menjadi media telepersidangan, teleperniagaan, teleperubatan, dan telependidikan. Ke manakah perkembangan teknologi akan membawa kita amat sukar diramal kini. Yang pasti ialah banyak aspek kerja dan komunikasi kita sudah berubah sejak adanya internet.

Kira-kira satu dekad yang lalu, hanya negara maju dan yang mempunyai teknologi telekomunikasi yang canggih sahaja dapat menyebarkan sebanyak mana maklumat untuk menembusi sempadan dan ruang udara negara lain, tidak kira lokasinya dan jaraknya. Monopoli seumpama itu masih berterusan walaupun semakin banyak negara lain tahu memanfaatkan dan memperalat internet sebagai media penyebaran dan pencapaian maklumat.

Pengaliran maklumat, terutama yang bersifat saling pertukaran maklumat, memang merupakan batu asas pembinaan dan peningkatan persefahaman antarabangsa. Persefahaman adalah jambatan emas kepada peningkatan jalinan perdagangan, pembangunan industri pelancongan, serta kerjasama lain untuk kepentingan bersama. Selama ini pengaliran maklumat banyak digunakan untuk menegakkan imej palsu, malah berniat untuk menghasut, mengapi-apikan pergaduhan, lantas menjadikannya alasan untuk melancarkan serangan ketenteraan ke atas negara yang tidak disenangi atau yang tidak sependapat dengannya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar