Kamis, 07 Januari 2010

Kebudayaan Kita

Budaya lepak yang berlaku di negara ini menarik perhatian pelbagai golongan, khususoya ahli kali masyarakat, pendidik, ibu bapa, dan ahli politikyang berasa cemas dan bimbang terhadap kesan buruk ke atas golongan belia dan masyarakat umumaya. Selain itu, budaya lepak ini begitu kuat dipengaruhi oleh budaya liaryangbercanggah dengan norma dan nilai masyarakat negara ini. Budaya lepak yang berkembang di kalangan belia mempunyai kecenderungan ke arah pembiakan pelbagai gejala keruntuhan moral yang amat serius se rta me ningkatkan kes jenayah dan masalah sosial yang kritika . Pembiakan budaya jenayah, dalam hal ini, seringkali dikaitkan dengan budaya lepak. Daripada aspek lain, budaya lepak menyebabkan meningkatoya kes jenayah juvenil, kenakalan, dan jenayah ringan dan berat dalam masyarakat. Menurut Sigmund Freud, perkembangan budaya liar akan membawa ahlinya terjebak dengan pelbagai kegiatan sosial yang bersifat destruktif dan mempunyai unsur jenayah yang akhirnya memberi kesan buruk kepada masyarakat dan negara. Budaya lepak adalah subbudaya yang dibentuk oleh kelompok kecil dalam masyarakat bagi menjaga dan memenuhi kepentingan kelompok. Dalam banyak hal, budaya lepak bercanggah dengan norma dan nilai masyarakat besar. Budaya lepak merupakan budaya serpihan daripada budaya besar tetapi cukup menonjol dan adakalanya amat berpengaruh bagi menimbulkan masalah dan kesan buruk kepada masyarakat. Dari satu segi, budaya lepak dapat diliha sebagai manifestasi ketandusan ideologi periuangan masyarakat pemuda dar golongan belia di negara ini sejak beberap. tahun belakangan ini. Masalah ketandusan idealisme perjuangan belia dan pemuda ini mulai berlaku pada 199~an sehingga masa kini. Dengan meningkatoya pemodenan, pengejaran kebendaan menjadi amat lumrah dan mencorakkan semangat hidup yang kosong dan tandus di kalangan belia.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar